Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...
Ya Allah, Ya tuhanku
rendahkanlah suaraku, perindahkanlah ucapanku dan lembutkanlah hatiku untuk ibuku.
Puan Azimawati binti Mohd Nor
berikanlah balasan yang sebaik-baiknya atas didikannya padaku,
peliharalah dia sebagaimana dia memeliharaku,
Ampunilah dosa-dosanya dan kasihanlah dirinya
sebagaimana dia mengasihaniku sejak kecil
panjangkanlah usianya, murahkanlah rezekinya dan berikanlah keberkatan
dunia dan akhirat dalam hidup kami sekeluarga
Sesungguhnya Engkau yang memiliki Kurniaan Yang Agung dan Engkaulah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Amin
Ahmad
Sempena Mother's day